BLOG RASMI SKCHEMOMOI TS25

Wednesday, April 25, 2018

PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH DAN INHALAN PERINGKAT SEKOLAH 2018

Anjuran   : Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Perasmian Oleh : En. Azmi bin Salehudin                           
                         Pembantu Kanan AADK Daerah Bentong
Tarikh      :  25 Hb. April 2018
Masa       :  7.40 am - 01.40 pm
Tempat    :  Dewan SK (Felda) Chemomoi
Aktiviti     :    - Senamrobik
                    -  Tayangan Video  
                    -  Nyanyian Lagu AntiDadah 
                    -  Bacaan Perutusan Minggu AntiDadah  
                    -  Ceramah Daripada Pegwai AADK Bentong                        
                    -  Pameran Dan Penerangan Dari AADK
                    -  Mewarna Poster AntiDadah Dan Inhalan                    
                    -  Membuat Replika

Cikgu Kamaruzaman selaku pengacara majlis pelancaran



Pameran AADK

Membuat replika

Juri pertandingan mewarna sedang menilai

Gimik pelancaran


KEPUTUSAN KEJOHANAN HOKI B12 MSSD BENTONG 2018

Tarikh     : 25 hb. April 2018
Tempat  :  SMK Sulaiman Bentong.
Keputusan : Pasukan Lelaki           - Johan
                   Pasukan perempuan  - Johan

Tahiah diucapkan kepada Pasukan Hoki Lelaki dan Perempuan  SKFC kerana berjaya merangkul juara dalam kejohanan ini. Tahniah juga buat jurulatih hoki.  Pasukan hoki ini dilatih dibawah bimbingan Cikgu Reduan, Ustaz Faizal dan Cikgu Farah.


Penyampaian pingat kepada Juara


KAMILAH JUARA!


Tuesday, April 24, 2018

KEJOHANAN HOKI B12 MSSD TAHUN 2018

Pasukan Hoki SKFC akan menyertai kejohanan ini yang akan berlangsung esok iaitu pada 25hb. April 2018 bertempat di SMK Sulaiman Bentong. Seluruh warga sekolah mendoakan agar pasukan hoki SKFC akan berjaya.

Ketua Jurulatih Cikgu Reduan  menyampaikan  taklimat akhir sebelum kejohanan



Wednesday, April 18, 2018

KEJOHANAN BOLA JARING B12 MSSD BENTONG 2018


Pasukan bola jaring SK (Felda) Chemomoi telah menyertai kejohanan ini. Kejohanan ini berlangsung pada 11 hb. April 2018 bertempat di SMK Ketari. Pasukan ini dibimbing oleh Cikgu Roslima Binti Daud selaku Ketua Jurulatih bersama dua orang guru iaitu Cikgu Rohaya Binti Md Nor dan Ustazah  Halma Binti Hashim.  SK (Felda) Chemomoi telah mendapat tempat ke-3. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pemain dan jurulatih yang terlibat.



TAHNIAH TEAM BOLA JARING SKFC!










Tuesday, April 17, 2018

PUSAT AKSES SK (FELDA) CHEMOMOI


 Pusat Akses SK (Felda) Chemomoi telah kembali beroperasi. Pusat Akes ini secara rasminya kembali beroperasi pada bulan Februari 2018. Terdapat 10 buah komputer dengan pemprosesan Intel i7 dan beroperasi dengan Operasi Sistem Windows 10 Edu dan semua komputer ini disambungkan ke Talian 1Bestarinet. Pusat Akses ini boleh digunakan oleh semua warga sekolah untuk mencari bahan dan maklumat dari internet. Murid-murid boleh menggunakan kemudahan di Pusat akses ini sepanjang waktu rehat.






Tuesday, April 10, 2018

BULAN KECERGASAN


 BULAN KECERGASAN SKFC
Tarikh    :  10 hb. April 2018
Tempat  :   Dewan Al Farabi